Photobucket

Sunday, November 30

Kisah 3 Mak Cik Penjual Kuih


Kisah ini saya dapat ketika mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh USAAZ AHMAD (TIME AKU NGAJI KT PONDOK KELANTAN) lama dah. sekadar nk kongsi pengetahuan dan pengalaman. Kebiasaannya beliau mengajar Tafsir tetapi oleh kerana time tu bulan Ramadhan,beliau membawa kisah ini untuk dijadikan pengajaran buat semua yang hadir.

Cerita ini bermula di sebuah kampung terdapat 3 orang perempuan yang sudah layak bergelar 'mak cik' yang berkawan rapat.Mereka ini mempunyai pekerjaan yang sama iaitu menjual kuih-muih .Jadi,tiap hari rutin mereka sama iaitu pada setiap pagi jam 6.30 mereka sama-sama menunggu bas untuk pergi ke pekan bagi menjual kuih.Mereka berniaga dan pulang ke kampung kembali pada jam 5.30 petang.Pada sebelah malam pula mereka akan sibuk dengan membuat adunan dan seterusnya memasak kuih untuk di jual pada keesokannya.Begitulah rutin harian 3 orang mak cik ini..Tapi salah seorang daripada mereka iaitu mak cik ke3 ada rutin tambahan iaitu;bangun untuk qiammullail setiap hari pada jam 3 pagi,solat dhuha,membaca Al-Quran pada setiap malam,berdoa,dzikir serta beberapa lagi amalan sunat.


Ditakdirkan oleh Allah pada suatu pagi ketika mak cik yang ke3 berjalan meredah keheningan subuh hari yang gelap gelita sambil menjunjung bekas yang terisi penuh dengan kuih di atas kepala untuk ke pondok menunggu bas tiba-tiba,dia telah terpijak Ular Sawa..! Bayangkan betapa terkejut mak cik tadi tapi mulutnya tidak lupa untuk mengucap kalimah Astaghfirullah.Namun,amat malang sekali ketika dia melompat apabila terpijak ular itu bekas yang berisi kuih terlepas daripada pegangannya. Habis semua kuih turut terjatuh bahkan bergolek masuk ke dalam longkang di tepi jalan tersebut. Kejadian ini turut disaksikan oleh 2 lagi kawan mak cik itu tetapi apakan daya mereka kerana ia telah pun berlaku.Ketika itu juga bas yang biasa mereka naiki pun tiba maka 2 mak cik itu pun terus bertolak ke pekan.

Dengan linangan air mata mak cik ke3 itu memandang bas itu berlalu pergi sambil memikirkan nasib malang yang menimpanya hari itu.Kuih untuk dijual telah habis masuk ke dalam longkang dan sekaligus kerugian yang ditanggungnya hari itu.Dia pun pulang kembali ke rumah dengan perasaan penuh kehampaan dan kesedihan.Sambil duduk di atas kerusi di ruang tamu rumahnya,terdetik di hatinya "Mengapa ALLAH memilih beliau untuk dikenakan ujian sebegini rupa?mengapa tidak 2 lagi kawannya itu yang terpijak ular dan jatuh semua kuih ke dalam longkang?Tidak cukup lagi ke amal ibadah yang aku buat selama ini?Aku sentiasa bangun qiam,mengaji,berdoa,dzikir..."Begitulah cetusan rasa tidak puas hati itu dan bersangka buruk terhadap ALLAH atas apa yang menimpanya hari itu.Mak cik itu terus merungut dan bersedih sehingga lah ke petang.

Pada tepat jam 5 petang mak cik itu membuka televisyen dan memilih untuk menonton saluran RTM 1 yang telah menjadi 'pilihan hati'nya buat sekian lama.Berkebetulan ketika itu Warta Negeri sedang dibaca oleh pembaca berita yang berambut warna itu .Ada 1 berita yang agak mengemparkan:"Kemalangan ngeri telah berlaku apabila lori yang penuh dengan muatan petrol telah bertembung dengan sebuah bas.Lori dan bas habis terbakar.Yang lebih menyayat hati ialah pemandu & kelindan lori,pemandu bas serta 20 orang penumpang turut rentung kerana kejadian yang berlaku terlalu pantas sehingga mereka tidak sempat menyelamatkan diri.Diberitakan juga terdapat 2 orang mak cik yang sentiasa membawa jualan kuih mereka ke pekan turut menjadi mangsa".

Tidak ada kalimah lain yang terpacul di mulut mak cik ke3 itu selain "Alhamdulillah,syukur kerana aku tak sempat untuk menaiki bas itu pagi tadi.Kalau tidak,pasti dengan aku sekali rentung di dalamnya".Sungguhpun demikian,mak cik itu turut berasa sedih kerana antara yang menjadi mangsa dalam kejadian itu adalah kawan seperniagaannya untuk sekian lama.Mak cik ke3 tadi turut berkata dalam hatinya;"Aku amat beruntung kerana ditakdirkan ALLAH untuk terpijak ular pagi tadi lalu habis semua kuih aku jatuh ke dalam longkang dan tidak sempat untuk menaiki bas malang itu,ALLAH Maha Berkuasa".Selepas kejadian itu,kehidupan mak cik itu semakin senang dan agak mewah apabila perniagaan kuihnya di pekan itu semakin berkembang maju dan untung berlipat ganda kerana tiada lagi saingan dari kawan-kawannya dulu.

Demikianlah sahaja cerita yang ingin dikongsi.Untuk pengetahuan semua cerita ini hanyalah rekaan semata-mata,tak ada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia.Yang penting ialah






PENGAJARAN yang kita boleh ambil daripada kisah ini.:


1)Janganlah kita terlalu cepat bersangka buruk kepada Allah kerana DIA Yang Maha Kuasa untuk menentukan segalanya .Bukan kah ada hadis nabi;"Bersangka baik terhadap Allah adalah sebaik-baik ibadah"

2)Setiap ujian yang melanda pasti ada hikmah yang tersembunyi.Cuma bila ia akan muncul kita tak tahu yang penting banyakkan berSABAR dan berdoa kepada Ilahi

Pengajaran yang ke 3,ke 4 dan seterusnya anda buatlah sendiri....


@mail01

Saturday, November 29

HEHEHEHHE...
dah blik kg retu projek pn b'jalan la..best gk la..tp hujan x brapa nk leh wt reja..t'ggu la ckt..tp x pa..smngat m'bara..heee..

LATAR BELAKANG PROJEK
dulu nya dikenali sbg Zon Industri Petrolum Yan (ZIPY)..tp projek ni dah batal..sbb libatkan tanah sawah..n then bila naik ja kerajaan baru ngri kedah..(PAS)..menteri besar sarankan agar projek ni di ubah ke dasar laut..iaitu dgn menambak laut..akhirnya m'dapat p'setujuan.. sbnrnya projek ni dh lama dirancang..zaman menteri besaq osman arof lg.. n utk projek ni..dh tiga thn kmi terlibat dlm wt kajian impak sosio ekonomi dan sosial (EIA) kwsn lama ialah kwsn b'hampiran pulau bunting kt sg limau..n then b'pindah ke muara kuala bangka..

JUMAAT : 21 NOV 2008
smpai umah ari khamis ptg..sok nya ari jumaat trus wt reja..ari 1st reja ni kami p cri umah Pengerusi JKKK dlu..nnt sng nk wt reja..survey jumlah rumah n penduduk dalam satu-satu kampung dulu..mula kt kuala sala smpai la kuala sg daun..pg jumaat tu ujan.so,..reja x brapa nk lancaq..sempat dua buah rumah jkkk ja pg tu..n then solat jumaat kt msjid Qariah sg dedap..skali t'jmpa la ngn ustaz mutalib(pegawai agama daerah yan)..ustza mmg best..dia la yg selia aku time wt praktikal retu..jd,..dia knlkn la aku kt tok imam..sng la reja aku nk wt kajian nnt..hahhaha..depa ada mesyuarat.x leh la sembang lama2..huhu..pas jumaat kami jalan lg cari umah jkkk..smpai la ptg..hbs umah jkkk kami serbu.. perut pn kenyang..suma umah depa jamu makan..heee..

SABTU :22 NOV 2008
bermula lah projek kajian ke atas orang kampung suma..mc ari jumaat gk..kami mula wt kt kuala sala..kwsan ni kbnyakkan depa ni nelayan..susah gk la nk explain psl projek ni..pasai projek libat kan kwsan laut..ramai gk la yg x setuju..segelintir ja la kot..msalahnya depa ni kbnyakkan nelayan pesisir pantai..jd mngkin m'jejaskan pendapatan la..tp nk wt cm na kan.. aku cuma wt reja ja..tnya pendapat depa..projek ni kerajaan negeri kedah pnya..

sampai time zohor ja rehat..makan dulu..meriah gk la ari ni..bleh tahan..nk hbiskan 200 borang..hahaha..x hbs ari ni smbung ahad lak..pas solat kami smbung la cri mngsa kajian.. nk hbskan 200 borang ni..smpai la 1 umah ni..anak dia bru ja khatan..tdoq ja kt depan tv..denagn x pake apa pn..baju ja kot..dh la x tudung ngn kain.hahaha..lawak lak aku tgk.. akak dia sorang lak bleh tahan la lawa nya..dok pake bju tdq lg..ntah mndi ke x aku xtau la.. yg ni jns pelik..suka dok dgq orng sembang ngn ayah dia pasai projek ni..suka nympuk lak tu..x tahan beb!

ari ni kami b'jaya gk hbs kan dlm 50 borng..ada lg 150..huhu..x pa sok ada lg..hehe.. blik uamah rehat..mlm tu kuar g jln2 pusing loq staq sat..boring xdk pa balik tdq..sok nk p reja lak..

AHAD 23 NOV 2008
ari ni agak struggle la..msti hbskn 150 borang lg..reja mmg x hengat la..tp makan tetap makan..hahahha..sempat lak melepak ngn orang kampung..smbl mnyelam tangkap ikan la kan..x kan nk biaq saja..dpatkan maklumat yang patut..sbb dh x sempat nk hbskan borang 2..jd kena la guna kaedah simulasi..pensyarah 2 la yg syorkan..kami wt ja..heee..mlalam 2 kami wt reja smpai ke pg..x tdq..nk hbs kan ni..huuu..akhirnya siap gk.. HOREYYYY..!!

ISNIN : 24 NOV 2008
hantar laporan..keja beres,,so,..nk duit gaji la kan..hehehehe..RM XXXXXXX... aku kaya...hahaha..simpan..jgn boros sgt..nnt nk kawen x dk duit la..simpan utk masa depan.. kawen..kawen..heee..'ONE DAY'..

team member : mr.razak, shidi, matroh, nizar



@ehsan01@fizi01@ipin02@upin02


RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala@ehsan02


Wednesday, November 19

ASSALAMUALAIKUM... hehehe.. jom balik kedah..sapa nk ikut... reta ada kosong lg sorang.. tawaran untuk bdk pompuan ja..bdk laki bleh gk..bleh blah..heee..xdk aih..tp kne dok kt dalam bonet reta la..sanggup 'on the way' ja..

byk btoi la brang nk kna kms..byk sgt..x sngka lak brng byk smpai tera ni..tu la suka membeli sgt kn..asal blik ja mst byk brng dri umh..pas 2 nk kna bwk blik lak..pada muka aku..!! hahahha.. ampa jgn tiru la prangai cm ni.. m'nyusahkan ja..



beg..ada suma 5 beg..yang besaq dua kck 3..beg kasut 2..beg krtas 3..



beg raket..kotak pn ada..kotak kasut n kotak buku..

nasib bek la balik nek reta..x la 'renyah' sgt nk bwk beg byk-byk.. Alhamdulillah.. aku bertolak blik kedah 20hb Nov..kul 9.00 pg..reta pensyarah aku..blik ni ada wt reja ckt ngn dia..reja wt duit la kan.. balik kali ni aku ada dua projek..bleh dikatakan agk 'kaya' la.. Alhamdulillah..rezeki dri Allah..ckt sama rasa byk sama rata...ya dk..?? yalah kan..!!

apa aku dok merepek ni..dh la..kemas brng x hbs lg..hahha..sapa nk tlng ni woi.. nnt aku blnja la sate kajang..heee..tawaran hanya utk laki shja..klu ada org pmpn yg nk..kne la kawen dlu.. kwang..kwang..kwang...!!!

Tuesday, November 18

kau,kawan, sahabat, dan teman



Kawan-kawan
Kenapa mau lawan Kita kan kawan
Dulu sama-sama Kongsi the secawan


Kawan-kawan, kenapa mau lawan
Orang lain maju ke depan
Orang kita cari jalan jatuhkan kawan


Kawan-kawan, Kenapa mau lawan
Kan ka cukup rezeki tuhan
Buat kita ramai-ramai makan..


Kawan-kawan, Bukan nak cari lawan
Sekadar nk ingatkan teman
Hati-hati dengan gunting dalan lipatan



Kawan-kawan, Kita sama-sama cari makan
Bila fakir masa depan
Jangan tabur pasir dalam periuk kawan


Kawan-kawan
Cuba kaji orang tua pesan
Kawan jadi lawan
Lawan jadi kawan

Hati Seorang Ayah


ayah..

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja diamelihat ayahnya sedang mengusap wajahnyaYang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan "Anakku, kamu memang belum mengertitentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab: "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi.Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap
suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar
keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

p/s: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya.

Amin!!!


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,

[2] "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;

[3] "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;

[4] "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);

[5] "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".


ISI KANDUNAGN AYAT ;

perintah agar kita berlindung kepada Allah dari segala kejahatan

KENAPA???

Ertinya:
Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang­orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

H.R. Bukhari dan Muslim

Keterangan

Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

NABI NUH A.S

Nabi Nuh adalah nabi keempat sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris.


Dakwah Nabi Nuh Kepada Kaumnya

Nabi Nuh menerima wahyu kenabian dari Allah dalam masa "fatrah" masa kekosongan di antara dua rasul di mana biasanya manusia secara beransur-ansur melupakan ajaran agama yang dibawa oleh nabi yang meninggalkan mereka dan kembali bersyirik meninggalkan amal kebajikan, melakukan kemungkaran dan kemaksiatan di bawah pimpinan Iblis.

Demikianlah maka kaum Nabi Nuh tidak luput dari proses tersebut, sehingga ketika Nabi Nuh datang di tengah-tengah mereka, mereka sedang menyembah berhala ialah patung-patung yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri disembahnya sebagai tuhan-tuhan yang dapat membawa kebaikan dan manfaat serta menolak segala kesengsaraan dan kemalangan.berhala-berhala yang dipertuhankan dan menurut kepercayaan mereka mempunyai kekuatan dan kekuasaan ghaib ke atas manusia itu diberinya nama-nama yang silih berganti menurut kehendak dan selera kebodohan mereka.Kadang-kadang mereka namakan berhala mereka " Wadd " dan " Suwa " kadangkala " Yaguts " dan bila sudah bosan digantinya dengan nama " Yatuq " dan " Nasr ".

Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya yang sudah jauh tersesat oleh iblis itu, mengajak mereka meninggalkan syirik dan penyembahan berhala dan kembali kepada tauhid menyembah Allah Tuhan sekalian alam melakukan ajaran-ajaran agama yang diwahyukan kepadanya serta meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan yang diajarkan oleh Syaitan dan Iblis.

Nabi Nuh menarik perhatian kaumnya agar melihat alam semesta yang diciptakan oleh Allah berupa langit dengan matahari, bulan dan bintang-bintang yang menghiasinya, bumi dengan kekayaan yang ada di atas dan di bawahnya, berupa tumbuh-tumbuhan dan air yang mengalir yang memberi kenikmatan hidup kepada manusia, pengantian malam menjadi siang dan sebaliknya yang kesemua itu menjadi bukti dan tanda nyata akan adanya keesaan Tuhan yang harus disembah dan bukan berhala-berhala yang mereka buat dengan tangan mereka sendiri.Di samping itu Nabi Nuh juga memberitakan kepada mereka bahwa akan ada gajaran yang akan diterima oleh manusia atas segala amalannya di dunia iaitu syurga bagi amalan kebajikan dan neraka bagi segala pelanggaran terhadap perintah agama yang berupa kemungkaran dan kemaksiatan.

Nabi Nuh yang dikurniakan Allah dengan sifat-sifat yang patut dimiliki oleh seorang nabi, fasih dan tegas dalam kata-katanya, bijaksana dan sabar dalam tindak-tanduknya melaksanakan tugas risalahnya kepada kaumnya dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan dengan cara yang lemah lembut mengetuk hati nurani mereka dan kadang kala dengan kata-kata yang tajam dan nada yang kasar bila menghadapi pembesar-pembesar kaumnya yang keras kepala yang enggan menerima hujjah dan dalil-dalil yang dikemukakan kepada mereka yang tidak dapat mereka membantahnya atau mematahkannya.

Akan tetapi walaupun Nabi Nuh telah berusaha sekuat tanaganya berdakwah kepda kaumnya dengan segala kebijaksanaan, kecekapan dan kesabaran dan dalam setiap kesempatan, siang mahupun malam dengan cara berbisik-bisik atau cara terang dan terbuka terbyata hanya sedikit sekali dari kaumnya yang dpt menerima dakwahnya dan mengikuti ajakannya, yang menurut sementara riwayat tidak melebihi bilangan seratus orang Mereka pun terdiri dari orang-orang yang miskin berkedudukan sosial lemah. Sedangkan orang yang kaya-raya, berkedudukan tingi dan terpandang dalam masyarakat, yang merupakan pembesar-pembesar dan penguasa-penguasa tetap membangkang, tidak mempercayai Nabi Nuh mengingkari dakwahnya dan sesekali tidak merelakan melepas agamanya dan kepercayaan mereka terhadap berhala-berhala mereka, bahkan mereka berusaha dengan mengadakan persekongkolan hendak melumpuhkan dan mengagalkan usaha dakwah Nabi nuh.

Berkata mereka kepada Nabi Nuh: "Bukankah engkau hanya seorang daripada kami dan tidak berbeda drp kami sebagai manusia biasa. Jikalau betul Allah akan mengutuskan seorang rasul yang membawa perintah-Nya, nescaya Ia akan mengutuskan seorang malaikat yang patut kami dengarkan kata-katanya dan kami ikuti ajakannya dan bukan manusia biasa seperti engkau hanya dpt diikuti orang-orang rendah kedudukan sosialnya seperti para buruh petani orang-orang yang tidak berpenghasilan yang bagi kami mereka seperti sampah masyarakat.Pengikut-pengikutmu itu adalah orang-orang yang tidak mempunyai daya fikiran dan ketajaman otak, mereka mengikutimu secara buta tuli tanpa memikirkan dan menimbangkan masak-masak benar atau tidaknya dakwah dan ajakanmu itu. Cuba agama yang engkau bawa dan ajaran -ajaran yang engkau sadurkan kepada kami itu betul-betul benar, nescaya kamilah dulu mengikutimu dan bukannya orang-orang yang mengemis pengikut-pengikutmu itu. kami sebagai pemuka-pemuka masyarakat yang pandai berfikir, memiliki kecerdasan otak dan pandangan yang luas dan yang dipandang masyarakat sebagai pemimpin-pemimpinnya, tidaklah mudak kami menerima ajakanmu dan dakwahmu.Engkau tidak mempunyai kelebihan di atas kami tentang soaL-soal kemasyarakatan dan pergaulan hidup.kami jauh lebih pandai dan lebih mengetahui drpmu tentang hal itu semua.nya.Anggapan kami terhadapmu, tidak lain dan tidak bukan, bahawa engkau adalh pendusta belaka."

Nuh berkata, menjawab ejekan dan olok-olokan kaumnya: "Adakah engkau mengira bahwa aku dpt memaksa kamu mengikuti ajaranku atau mengira bahwa aku mempunyai kekuasaan untuk menjadikan kamu orang-orang yang beriman jika kamu tetap menolak ajakan ku dan tetap membuta-tuli terhadap bukti-bukti kebenaran dakwahku dan tetap mempertahakan pendirianmu yang tersesat yang diilhamkan oleh kesombongan dan kecongkakan karena kedudukan dan harta-benda yang kamu miliki.Aku hanya seorang manusia yang mendpt amanat dan diberi tugas oleh Allah untuk menyampaikan risalah-Nya kepada kamu. Jika kamu tetap berkeras kepala dan tidak mahu kembali ke jalan yang benar dan menerima agama Allah yang diutuskan-Nya kepada ku maka terserahlah kepada Allah untuk menentukan hukuman-Nya dan gajaran-Nya keatas diri kamu. Aku hanya pesuruh dan rasul-Nya yang diperintahkan untuk menyampaikan amanat-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Dialah yang berkuasa memberi hidayah kepadamu dan mengampuni dosamu atau menurunkan azab dan seksaan-Nya di atas kamu sekalian jika Ia kehendaki.Dialah pula yang berkuasa menurunkan seksa danazab-nya di dunia atau menangguhkannya sampai hari kemudian. Dialah Tuhan pencipta alam semesta ini, Maha Kuasa ,Maha Mengetahui, maha pengasih dan Maha Penyayang.".

Kaum Nuh mengemukakan syarat dengan berkata: "Wahai Nuh! Jika engkau menghendaki kami mengikutimu dan memberi sokongan dan semangat kepada kamu dan kepada agama yang engkau bawa, maka jauhkanlah para pengikutmu yang terdiri dari orang-orang petani, buruh dan hamaba-hamba sahaya itu. Usirlah mereka dari pengaulanmu karena kami tidak dpt bergaul dengan mereka duduk berdampingan dengan mereka mengikut cara hidup mereka dan bergabung dengan mereka dalam suatu agama dan kepercayaan. Dan bagaimana kami dpt menerima satu agama yang menyamaratakan para bangsawan dengan orang awam, penguasa dan pembesar dengan buruh-buruhnya dan orang kaya yang berkedudukan dengan orang yang miskin dan papa."

Nabi Nuh menolak pensyaratan kaumnya dan berkata: "Risalah dan agama yang aku bawa adalah untuk semua orang tiada pengecualian, yang pandai mahupun yang bodoh, yang kaya mahupun miskin, majikan ataupun buruh ,diantara peguasa dan rakyat biasa semuanya mempunyai kedudukan dan tempat yang sama trehadap agama dan hukum Allah. Andai kata aku memenuhi pensyaratan kamu dan meluluskan keinginanmu menyingkirkan para pengikutku yang setia itu, maka siapakah yang dpt ku harapkan akan meneruskan dakwahku kepada orang ramai dan bagaimana aku sampai hati menjauhkan drpku orang-orang yang telah beriman dan menerima dakwahku dengan penuh keyakinan dan keikhlasan di kala kamu menolaknya serta mengingkarinya, orang-orang yang telah membantuku dalam tugasku di kala kamu menghalangi usahaku dan merintangi dakwahku. Dan bagaimanakah aku dpt mempertanggungjawabkan tindakan pengusiranku kepada mereka terhadap Allah bila mereka mengadu bahawa aku telah membalas kesetiaan dan ketaatan mereka dengan sebaliknya semata-mata untuk memenuhi permintaanmu dan tunduk kepada pensyaratanmu yang tidak wajar dan tidak dpt diterima oleh akal dan fikiran yang sihat. Sesungguhnay kamu adalah orang-orang yang bodoh dan tidak berfikiran sihat.

Pada akhirnya, karena merasa tidak berdaya lagi mengingkari kebenaran kata-kata Nabi Nuh dan merasa kehabisan alasan dan hujjah untuk melanjutkan dialog dengan beliau, maka berkatalah mereka:"Wahai Nabi Nuh! Kita telah banyak bermujadalah dan berdebat dan cukup berdialog serta mendengar dakwahmu yang sudah menjemukan itu. Kami tetap tidak akan mengikutimu dan tidak akan sesekali melepaskan kepercayaan dan adat-istiadat kami sehingga tidak ada gunanya lagi engkau mengulang-ulangi dakwah dan ajakanmu dan bertegang lidah dengan kami. datangkanlah apa yang engkau benar-benar orang yang menepati janji dan kata-katanya. Kami ingin melihat kebenaran kata-katamu dan ancamanmu dalam kenyataan. Karena kami masih tetap belum mempercayaimu dan tetap meragukan dakwahmu."

Nabi Nuh Berputus Asa Dari Kaumnya

Nabi Nuh berada di tengah-tengah kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun berdakwah menyampaikan risalah Tuhan, mengajak mereka meninmggalkan penyembahan berhala dan kembali menyembah dan beribadah kepada Allah Yang maha Kuasa memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat dan gelap ke jalan yang benar dan terang, mengajar mereka hukum-hukum syariat dan agama yang diwahyukan oleh Allah kepadanya, mangangkat darjat manusia yang tertindas dan lemah ke tingak yang sesuai dengan fitrah dan qudratnya dan berusaha menghilangkan sifat-sifat sombong dan bongkak yang melekat pd para pembesar kaumnya dan medidik agar mereka berkasih sayang, tolong-menolong diantara sesama manusia. Akan tetapi dalam waktu yang cukup lama itu, Nabi Nuh tidak berhasil menyedarkan an menarik kaumnya untuk mengikuti dan menerima dakwahnya beriman, bertauhid dan beribadat kepada Allah kecuali sekelompok kecil kaumnya yang tidak mencapai seramai seratus orang, walaupun ia telah melakukan tugasnya dengan segala daya-usahanya dan sekuat tenaganya dengan penuh kesabaran dan kesulitan menghadapi penghinaan, ejekan dan cercaan makian kaumnya, karena ia mengharapkan akan dtg masanya di mana kaumnya akan sedar diri dan dtg mengakui kebenarannya dan kebenaran dakwahnya. Harapan Nabi Nuh akan kesedaran kaumnya ternyata makin hari makin berkurangan dan bahawa sinar iman dan takwa tidak akan menebus ke dalam hati mereka yang telah tertutup rapat oleh ajaran dan bisikan Iblis. Hal mana Nabi Nuh berupa berfirman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya tidak akan seorang drp kaumnya mengikutimu dan beriman kecuali mereka yang telah mengikutimu dan beriman lebih dahulu, maka jgnlah engkau bersedih hati karena apa yang mereka perbuatkan."

Dengan penegasan firman Allah itu, lenyaplah sisa harapan Nabi Nuh dari kaumnya dan habislah kesabarannya. Ia memohon kepada Allah agar menurunkan Azab-Nya di atas kaumnya yang berkepala batu seraya berseru:

"Ya Allah! Jgnlah Engkau biarkan seorang pun drp orang-orang kafir itu hidup dan tinggal di atas bumi ini. Mareka akan berusaha menyesatkan hamba-hamba-Mu, jika Engkau biarkan mereka tinggal dan mereka tidak akan melahirkan dan menurunkan selain anak-anak yang berbuat maksiat dan anak-anak yang kafir spt.mereka."

Doa Nabi Nuh dikalbulkan oleh Allah dan permohonannya diluluskan dan tidak perlu lagi menghiraukan dan mempersoalkan kaumnya, karena mereka itu akan menerima hukuman Allah dengan mati tenggelam.

Nabi Nuh Membuat Kapal

Setelah menerima perintah Allah untuk membuat sebuah kapal, segeralah Nabi Nuh mengumpulkan para pengikutnya dan mulai mereka mengumpulkan bhn yang diperlukan untuk maksud tersebut, kemudian dengan mengambil tempat di luar dan agak jauh dari kota dan keramaiannya mereka dengan rajin dan tekun bekerja siang dan malam menyelesaikan pembinaan kapal yang diperintahkan itu.
Walaupun Nabi Nuh telah menjauhi kota dan masyarakatnya, agar dpt bekerja dengan tenang tanpa gangguan bagi menyelesaikan pembinaan kapalnya namun ia tidak luput dari ejekan dan cemuhan kaumnya yang kebetulan atau sengaja melalui tempat kerja membina kapal itu. Mereka mengejek dan mengolok-olok dengan mengatakan:

"Wahai Nuh! Sejak bila engkau telah menjadi tukang kayu dan pembuat kapal?Bukankah engkau seorang nabi dan rasul menurut pengakuanmu, kenapa sekarang menjadi seorang tukang kayu dan pembuat kapal.Dan kapal yang engkau buat itu di tempat yang jauh dari air ini adalah maksudmu untuk ditarik oleh kerbau ataukah mengharapkan angin yang ankan menarik kapalmu ke laut?"Dan lain-lain kata ejekan yang diterima oleh Nabi Nuh dengan sikap dingin dan tersenyum seraya menjawab:"Baiklah tunggu saja saatnya nanti, jika kamu sekrg mengejek dan mengolok-olok kami maka akan tibalah masanya kelak bg kami untuk mengejek kamu dan akan kamu ketahui kelak untuk apa kapal yang kami siapkan ini.Tunggulah saatnya azab dan hukuman Allah menimpa atas diri kamu."


Setelah selesai pekerjaan pembuatan kapal yang merupakan alat pengangkutan laut pertama di dunia, Nabi Nuh menerima wahyu dari Allah:

"Siap-siaplah engkau dengan kapalmu, bila tiba perintah-Ku dan terlihat tanda-tanda drp-Ku maka segeralah angkut bersamamu di dalam kapalmu dan kerabatmu dan bawalah dua pasang dari setiap jenis makhluk yang ada di atas bumi dan belayarlah dengan izin-Ku."


Kemudian tercurahlah dari langit dan memancur dari bumi air yang deras dan dahsyat yang dalam sekelip mata telah menjadi banjir besar melanda seluruh kota dan desa menggenangi daratan yang rendah mahupun yang tinggi sampai mencapai puncak bukit-bukit sehingga tiada tempat berlindung dari air bah yang dahsyat itu kecuali kapal Nabi Nuh yang telah terisi penuh dengan para orang mukmin dan pasangan makhluk yang diselamatkan oleh Nabi Nuh atas perintah Allah.

Dengan iringan "Bismillah majraha wa mursaha" belayarlah kapal Nabi Nuh dengan lajunya menyusuri lautan air, menentang angin yang kadang kala lemah lembut dan kadang kala ganas dan ribut. Di kanan kiri kapal terlihatlah orang-orang kafir bergelut melawan gelombang air yang menggunung berusaha menyelamat diri dari cengkaman maut yang sudah sedia menerkam mereka di dalam lipatan gelombang-gelombang itu.

Tatkala Nabi Nuh berada di atas geladak kapal memperhatikan cuaca dan melihat-lihat orang-orang kafir dari kaumnya sedang bergelimpangan di atas permukaan air, tiba-tiba terlihatlah olehnya tubuh putera sulungnya yang bernama "Kan'aan" timbul tenggelam dipermainkan oleh gelombang yang tidak menaruh belas kasihan kepada orang-orang yang sedang menerima hukuman Allah itu. Pada saat itu, tanpa disadari, timbullah rasa cinta dan kasih sayang seorang ayah terhadap putera kandungnya yang berada dalam keadaan cemas menghadapi maut ditelan gelombang.

Nabi Nuh secara spontan, terdorong oleh suara hati kecilnya berteriak dengan sekuat suaranya memanggil puteranya:

Wahai anakku! Datanglah kemari dan gabungkan dirimu bersama keluargamu. Bertaubatlah engkau dan berimanlah kepada Allah agar engkau selamat dan terhindar dari bahaya maut yang engkau menjalani hukuman Allah." Kan'aan, putera Nabi Nuh, yang tersesat dan telah terkena racun rayuan syaitan dan hasutan kaumnya yang sombong dan keras kepala itu menolak dengan keras ajakan dan panggilan ayahnya yang menyayanginya dengan kata-kata yang menentang:"Biarkanlah aku dan pergilah, jauhilah aku, aku tidak sudi berlindung di atas geladak kapalmu aku akan dapat menyelamatkan diriku sendiri dengan berlindung di atas bukit yang tidak akan dijangkau oleh air bah ini."

Nuh menjawab: "Percayalah bahawa tempat satu-satunya yang dapat menyelamatkan engkau ialah bergabung dengan kami di atas kapal ini. Masa tidak akan ada yang dapat melepaskan diri dari hukuman Allah yang telah ditimpakan ini kecuali orang-orang yang memperolehi rahmat dan keampunan-Nya."

Setelah Nabi Nuh mengucapkan kata-katanya tenggelamlah Kan'aan disambar gelombang yang ganas dan lenyaplah ia dari pandangan mata ayahnya, tergelincirlah ke bawah lautan air mengikut kawan-kawannya dan pembesar-pembesar kaumnya yang durhaka itu.

Nabi Nuh bersedih hati dan berdukacita atas kematian puteranya dalam keadaan kafir tidak beriman dan belum mengenal Allah. Beliau berkeluh-kesah dan berseru kepada Allah: "Ya Tuhanku, sesungguhnya puteraku itu adalah darah dagingku dan adalah bahagian dari keluargaku dan sesungguhnya janji-Mu adalha janji benar dan Engkaulah Maha Hakim yang Maha Berkuasa."

Kepadanya Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya dia puteramu itu tidaklah termasuk keluargamu, karena ia telah menyimpang dari ajaranmu, melanggar perintahmu menolak dakwahmu dan mengikuti jejak orang-orang yang kafir drp kaummu.Coretlah namanya dari daftar keluargamu.Hanya mereka yang telah menerima dakwahmu mengikuti jalanmu dan beriman kepada-Ku dpt engkau masukkan dan golongkan ke dalam barisan keluargamu yang telah Aku janjikan perlindungannya danterjamin keselamatan jiwanya.Adapun orang-orang yang mengingkari risalah mu, mendustakan dakwahmu dan telah mengikuti hawa nafsunya dan tuntutan Iblis, pastilah mereka akan binasa menjalani hukuman yang telah Aku tentukan walau mereka berada dipuncak gunung. Maka janganlah engkau sesekali menanyakan tentang sesuatu yang engkau belum ketahui. Aku ingatkan janganlah engkau sampai tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bodoh."

Nabi Nuh sedar segera setelah menerima teguran dari Allah bahwa cinta kasih sayangnya kepada anaknya telah menjadikan ia lupa akan janji dan ancaman Allah terhadap orang-orang kafir termasuk puteranya sendiri. Ia sedar bahawa ia tersesat pd saat ia memanggil puteranya untuk menyelamatkannya dari bencana banjir yang didorong oleh perasaan naluri darah yang menghubungkannya dengan puteranya padahal sepatutnya cinta dan taat kepada Allah harus mendahului cinta kepada keluarga dan harta-benda. Ia sangat sesalkan kelalaian dan kealpaannya itu dan menghadap kepada Allah memohon ampun dan maghfirahnya dengan berseru: "Ya Tuhanku aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan yang terlaknat, ampunilah kelalaian dan kealpaanku sehingga aku menanyakan sesuatu yang aku tidak mengetahuinya. Ya Tuhanku bila Engkau tidak memberi ampun dan maghfirah serta menurunkan rahmat bagiku, nescaya aku menjadi orang yang rugi."

Setelah air bah itu mencapai puncak keganasannya dan habis binasalah kaum Nuh yang kafir dan zalim sesuai dengan kehendak dan hukum Allah, surutlah lautan air diserap bumi kemudian bertambatlah kapal Nuh di atas bukit " Judie " dengan iringan perintah Allah kepada Nabi Nuh: "Turunlah wahai Nuh ke darat engkau dan para mukmin yang menyertaimu dengan selamat dilimpahi barakah dan inayah dari sisi-Ku bagimu dan bagi umat yang menyertaimu."

Kisah Nabi Nuh Dalam Al-Quran

Al-Quran menceritakan kisah Nabi Nuh dalam 43 ayat dari 28 surah di antaranya surah Nuh dari ayat 1 sehinga 28, juga dalam surah "Hud" ayat 27 sehingga 48 yang mengisahkan dialog Nabi Nuh dengan kaumnya dan perintah pembuatan kapal serta keadaan banjir yang menimpa di atas mereka.

Pengajaran Dari Kisah Nabi Nuh A.S.

Bahawasanya hubungan antara manusia yang terjalin karena ikatan persamaan kepercayaan atau penamaan aqidah dan pendirian adalah lebih erat dan lebih berkesan drp hubungan yang terjalin karena ikatan darah atau kelahiran. Kan'aan yang walaupun ia adalah anak kandung Nabi Nuh, oleh Allah s.w.t. dikeluarkan dari bilangan keluarga ayahnya karena ia menganut kepercayaan dan agama berlainan dengan apa yang dianut dan didakwahkan oleh ayahnya sendiri, bahkan ia berada di pihak yang memusuhi dan menentangnya.

Maka dalam pengertian inilah dapat difahami firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya para mukmin itu adalah bersaudara." Demikian pula hadis Rasulullah s.a.w.yang bermaksud:

"Tidaklah sempurna iman seseorang kecuali jika ia menyintai saudaranya yang beriman sebagaimana ia menyintai dirinya sendiri."Juga peribahasa yang berbunyi:"Adakalanya engkau memperolehi seorang saudara yang tidak dilahirkan oleh ibumu."

SUKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

terubat gak kecewa bila team bola kalah teruk..akhirnya team futsal kolej dato' onn jadi juara futsal universiti..

game wt aku byk rileks..dalam satu game tu aku dapat pegang bola skali ja..tak byk dpt bola..coz teamate aku mmg power..depa punya control ball mmg santek la..ni lah team yang dianggap paling power kt ukm ni..


juara futsal SUKEM..kolej dato' onn




bergambar sebelum perlawanan akhir..dato' onn vs pendeta za'ba..

tapi time karnival sukan ukm bru ni(15-16 nov)..aku xmen ngn team ni..aku men ngn team aku sndiri..team dato' onn (malwee) ni kalah kt semi final..kalah pada team yang aku kalah 2 gk la.. sni tahun akhir untuk team ni..sesi 2009/2010 diorang ni dah xdk.. jd bleh dikatakan ni la kenangan terindah buat team futsal dato' onn..kepada junior kekalkan la status dato' onn sbg juara futsal ukm (SUKEM)..

Monday, November 17


LAGI LAGI KAWEN...
sorang lg sepupu aku kawen..nurul nadia hazizan..bertempat di kediaman Ommus Shafaqoh Zakaria..Taman Sri Fajar, Jln Lencong Barat, Alor Setar, Kedah..yang ni knuri umah mak menakan aku..adik beradik sblah ayah seibu sebapa..2nd knuri after fahmi kamil..mak menakan ni adik yang paling bongsu (Chu)..

eh,..nk p mana tu apit.. mai la amk gmbq ni kita tiga beranak...


haaa..bru cukup korum..Chu..yon.. n apit..senyuUumm!!


potong2..eh,..anak sapa lak ni..dah sunat ka blom ni,..nk potong
skali ka..hehehhe..




farimi n nurul nadia..semoga berbahagia..


pasangan ni pn dh dikurniakan seorang cahaya mata..2 mggu yg lpas kot..baby boy..tambah la lg geng aku..bleh la ajk p tgk bola bila dh besaq nnt..hehehhe..


mohd faris nubhan..besar nnt kita p tgk bola dua orng noh kt stadium..
pulun kedah pulun..









hai kawan-kawan..jom tgk brang2 aku..hahaha..saja ja nk tunjuk..boring x tau nk wt pa ni..hehe.. tgk la noh..jgn dok kutuk dah..x baik..


yang ni CPU aku..wt sndri ni..beli barang n pasang..hehehe


ni plak kunci motor aku..


ni koleksi tali leher..aku nya dua ja..yag len kawan aku nya..heee


antara hadiah yang aku menang pertndingan futsal..plag tu cenderahati
aku jadi pengadil



handphone aku..dua je yang 1110 tu..yg canggih ckt 2 pn kwn aku nya..hahha


ni tanda nya aku ingat org tersayang..pakai la helmet..


heee..p klas msti la kna wangi2 kn..



botol air '0'..perisa anggur n minyak masak (sungguh suci sungguh murni)..



kasut jepun 'tat seng' tu aku nya...


huahuahua...ni la antara barang aku..tgk boleh ye..pinjam sori..





Nabi Idris a.s


Tidak banyak keterangan yang didpti tentang kisah Nabi Idris di dalam Al-Quran mahupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah nabi-nabi.Di dalam Al-Quran hanya terdpt dua ayat tentang Nabi Idris iaitu dalam surah Maryam ayat 56 dan 57:

"Dan ceritakanlah { hai Muhammad kepada mereka , kisah } Idris yang terdpt tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sgt membenarkan dan seorang nabi. 57 - Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." { Maryam : 56 - 57 }

Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith.

Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah serta membeeri beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamat diri darii seksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun.

Diantara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah : ~

1 . Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan.

2 . Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.

3 . Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.

4 . Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntup sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.

5 . Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah.

6 . Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya, karena mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya.

7 . Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.

8 . Tanpa membagi-bagikan nikmat yang diperolehnya seorang tidak dpt bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.

Dalam hubungan dengan firman Allah bahawa Nabi Idris diangkat kemartabat tinggi, Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahawa Nabi Idris wafat tatkala berada di langit keempat dibawa oleh seorang Malaikat. Wallahu a'alam bissawab.

kawen lagi!!! yang ni sepupu aku lak..muda-muda lagi da kawen..syoqnya la noh..hahaha..aku pn nk kawen gk la..tp ngn sapa la noh..heee..?????




majlis berlansung pada ogos 2007..di kediaman Abdul Hamid Zakaria, no23/22 Taman Gurun Jaya, Kedah..ni la knuri 1st keluarga sblh ayah sibu sebapa..knuri ni aku blik sat ja..knuri ari ahd..jd mlm knuri 2 aku dh blik mai UKM..ok la kan..bleh gk mkn nasi mnyak sepupu aku..hahaha..ni knuri yang pertama kt umah pak teh Mid aku (Abdul Hamid)..sbnr nya abg dia ni pn x kawen lg tau..kira adik kawen dulu la..abg rilek lu noh..heee..kna perli truk gk la abg dia masa ari knuri tu..hahaha..sabaq ja la noh..

depa ni dah dpt ank dah..anak pompuan x silap aku la..x brapa nk ingat sgt la..comey.. ahaa.. lps pada knuri ni ada lagi satu..sepupu aku gk..yang ni plak pompuan..Nurul Nadia Hazizan..

best oo knuri adik-beradik ni..ramai bleh jmpa..pak menakan,mak menakan, sepupu, kira nya suma ada la..yang dok jauh2 suma balik mai bila time knuri..tdoq plak merata..ikut suka ja..tang mana ada ruang kosong tang tu la tmpt tdq..smpai ada yg tdoq kt dapur pn ada..hahahha.. n then bila tme nk mndi pagi mula la berebut..kdng2 tu ada gk yg x mndi..hahahaha..sapa la tu noh.. heee..

apapun,..depa dua ni dah nk dpt ank yg kedua kot..x silap aku la..dok dgq2 g2 la.. semoga dimurahkan rezeki oleh Allah..

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

[2] "Yang Menguasai sekalian manusia,

[3] "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

[4] "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -

[5] "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -

[6] "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".


ISI KANDUNGAN :
Perintah kepada manusia agar berlindung kepada Allah dari segala kejahatan yang datang ke dalam jiwa dari jin dan manusia

Heee...ni la kawan merapu masa aku blajar kt kelantan (smua hamidiah padang lepai klantan). dia la antara kami yang kawen paling awl aku rasa..yang len ngaji pn x hbs lg..sama la cm aku..


sori la bro..aku x dpt g knuri kawen ko..aku ada knuri gk la kt umh..sepupu aku kawen..sama lak tu hari nya..semoga berbahagia la noh..aku mmg nk g..tp terlalu jauh la..johor lak 2.. dengar khabar baru-baru ni ko dah dapat anak eh..laki ka pompuan aaa..x mau bagi aku tgk ka gmbr anak ko tu..klu pompuan apa salahnya klu ko jodohkan je ngn aku..heee..

semoga berbahagia la Ali..smpai ke ank cucu..sama2 la kita do'akan kawan kita ni..hm,..adik ko cupin bila lak nk kawen ye..dok dngar awek pn keliling pinggang..x kan xdak satu pn yang berkenan nk wt bini kot..hahha..

Erm,..brapa hari bulan aaaa...haaa! 15 dan 16 Nov 2008..aku msk pertandingan futsal karnival sukan UKM..mn la tau kot la ada tuah boleh mng juara..winner dapat RM 1000..2nd RM 500.. 3rd n 4th dapat RM 250..berbaloi gk tu..yuran baru RM 80..


Karnival ni sbnrnya dibuka untuk seluruh bandar baru bangi..tp yang mai dari shah alam pn ada.. x sngka gk smbutan smpai mcm tu skali..perlawanan ni diadakan secara berkumpulan..suma ada 43 team..jd ada lapan kump..1 kump ada 5 team g2 la..ada la yg lbih smpai 6..nk bg cukup gk..team aku dok kump B..nama team aku HURIX'S FC..sapa yang letak aku x tau la..sedap gk la dengar..cm power la kononnya..hahaha..yg sbnrnya HURIX's 2 nm tin biskut..apa la..nm kump pn tin biskut...hahahha..wt malu ja..nsb baik org tak brapa nk tau sgt..klu x kna perli ja...


masa pringkat kump team aku mng suma semua perlawanan..hebat tu!!! yang paling best time game last dlm kump...smpai nk gaduh..besa la kn..darah panglima suma...tp suma ok..game last tu kami cuma mng 1-0 ja..alhamdulillah...dpt jd juara kump...


esok nya plak..16hb..kami masuk la peringkat suku akhir...lawan ngn team ROYALE..team ni mmg power la aku nk nk hbq kt ampa..control ball dia mmg cantik..sup..sap..sup..sap..!!! sampai pening kepala aku...x larat nk tepis...akhirnya bolos gk...dia pnya penerajang mmg kuat la..sakit tngan aku..mau nk bengkak pn ada ni..dah la siku n lutut ni luka hbs..sakit oi...!!! 1st half kami kena 2-0..x pa la kn..rs nk marah pn ada kt geng aku yg len..depa x jga elok..2nd half kami smpat balas 1 biji ja..n then masa pn habis..keputusan HURIX"S tewas 2-1...huhuhu..KALAH!!! kecundang di quarter final.. and team ROYALE tu jd juara slps mengalah kan dua lg wakil dari UKM..MALWEE FC (semi final) n BDK GANU FC (final) dgn jaringan yang sama..2-1..


apapun..cuba lagi..ni dh masuk kali kedua aku kalah kt suku akhir.. GANBATTE NIZAR.. cuba lagi selagi boleh men..lepas ni kita beli guard lutut n siku..x la teruk sgt nak "flying" selamatkan bola..heeee.. jadi,..trima kasih pada mereka yang datang memberi sokongan kepada HURIX"S FC..

HURIX'S FC TEAM MEMBER
>KUDDUS
>POK WE AKMAL
>JAT
>PIDOS KAJAI
>ZANI
>DUAN
>PAK SU



Ertinya:
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."


H.R. Abu Daud dan Tirmizi


Keterangan
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.


Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.


Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.


Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).


Sunday, November 16

WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
INI ADALAH PETIKAN DARI WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB KEPADA KETUA TENTERANYA IAITU SAAD BIN ABI WAQAS KETIKA BELIAU MENGUTUSKANYA UNTUK PEMBUKAAN PARSI.

Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad … ! Dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam peperangan.

Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama kamu supaya lebih menjauhi dari maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti dari musuh-musuh Islam.

Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan dari Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan. Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah kita sekuat mereka. Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukn maksiat, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh.

Jika kita tidak mendapat pertolongan dari Allah SWT ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah !!! Bersama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat initelah mewakili dari pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu supaya kamu berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata " Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan".

Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita maka akan datang satu kaum yang lebih zalimdaripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi ( penyembah api ). Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk menghilangkan penyakit yang ada dalam diri kamu itu sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu. Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami.

HuJuNG PeRMaTaNG | Template by - Abdul Munir - 2008