Sunday, August 23

“ Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... ”

surah Al-Baqarah, ayat 185

nota kopiah basah : penuhilah kehidupan dengan membanyakkan amalan soleh

amalan ketika dibulan ramadhan..

  1. semestinya lah berpuasa
  2. solat terawih
  3. zakat fitrah (bg yg mampu)
  4. merayakan hari kemenangan (hari raya)

Wednesday, August 5

Apa Itu Nisfu Syaaban??

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

bulan di malam nisfu syaaban

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)


Disusun oleh Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi

BULAN SYAABAN

Amalan Sepanjang Bulan Syaaban

Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj dan bulan Ramadhan dimana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan salah satu dari rukun Islam yang mulia. Ketika bulan tersebut di hubungkait yang rapat kerana sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan.

Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: ''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis al-selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar.

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.

Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.

Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dengan firmannya:

Yang bermaksud: Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulaang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke kaabah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah s.w.t. tidak sekali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.


Oleh sebab bulan Syaaban adalah diantara bulan-bulan yang mulia dan mempunyai keistimewaan yang tertentu, maka wajar sekali jangan kita biarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mengerjakan amal-amal soleh yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w..

Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:

Berpuasa Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya : " ..... Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".

Banyak melakukan amalan takwa dan taat.

Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya ".

Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".

Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.

Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.

Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.

Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. semoga terhindar dari segala bala bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan muslimat, bangsa dan negara.

Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.


Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, kerana yang akan pergi tidak pulang lagi.

“ Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” (Surah as-Syura: 30).

Rujukan:

Khutbah Masjid Negara Kuala Lumpur(2002)

Teks Sdr Abdul Ghani Yaacob pensyarah Jabatan Sejarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

cinkalewalewalukulewalakacipolecikuduk............

nk reja ka nk smbung blajaq aAa.. adui.. fenin..!! fenin..!!
borang dah belambak dah isi..tunggu ja la..ni pn ada lg 1 borang..tak isi lagi.. on the way lah ni.. tak print lg..umah x dk print..hahaha..ada ka sapa2 nk bg pinjam aAa.. buat baikdibalas baik woi.. tak mau ka pahala..hehehe..

erm,..ni la reja aku time tak wt pa..tidoq..makan..tidoq..makan.. isi borang mntak reja.. bisness.. hm,..ada pelanggan jalan la..tak dk pelanggan duit pn makin kering la..huhuhu~

p/s : jgn mls2 noh..

Monday, July 27

THINKING..

Tanda orang Beradab, elok perangai sempurna sifat..
Tanda orang Beriman, perangainya elok bicaranya Sopan..
Tanda orang Berilmu, cakapnya tak menyingkap malu..
Tanda orang Terpuji, bercakap tidak mengeji..
Berbicara tidak memfitnah, menyanggah tidak menyumpah..

p/s : berfikir memang mudah, tetapi tidak ramai yang melakukannya...

Tuesday, July 21

salam takziah buat keluarga arwah safawati rustamin..

sahabat yg telah pergi, ku doakan kau ditempatkan dikalangan hamba-Nya yg beriman....
kau sahabatku kau teman sejati....

segala kenangan tetap ku kenang....




Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Monday, June 22

CARI DUIT..!!

banci lagi...hahaha..yg ni antara projek yg agk besaq..bleh la nk tmbah duit poket ckt..lgpn dr dok saja bek aku wt reja banci..bkn ssh sgt pn.. kali ni wt kt perak..dapat tujuh kawasan..

bagan datoh : kg pasang api, kg cina, kg nipah baruh, parit 25
htn melintang : batu 12, tjg bayan,
sg raya : tmn sri raya, kg kepayang, kg kurnia, kg tekah
sg terap : kg serani, dewangsa, garuda
tjg tualang : changkat tin dan kwsn berdekatan(kg timah)
kuala kangsar -kota kiri lama : kg bendang susur, kg kiri lama, kg kolam, kg kuala parit, sg chempias
-sayong : kg syong tengah dan kawasan berdekatan

jumlah borang suma skali 350 borang=350 org responden

penat la...tdoq dulu noh..nnt aku cita lg..heee

reja..reja..!!

Tuesday, May 26

IBU




...beruntung dan berbahagialah pada kita yang masih ada ibu...




Orang kata aku lahir dari perut mak..



(bukan org kata...memang betul)



Bila dahaga, yang susukan aku......mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil.... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada...........

Sunday, May 10

ADA SYILING??


Menggunakan syiling adalah satu option yang biasa dipraktikkan oleh sesiapa yang mahu menggores setelah membeli kad topup.. Ada juga yang menggunakan kuku untuk menggores.. Tetapi jika anda tidak mahu mengotorkan kuku anda..dan anda juga tidak mempunyai syiling akibat telah kehabisan dek membeli choki-choki..Jangan gusar..Masih banyak lagi cara yang boleh di gunakan untuk menggores kad topup anda..Satu cara mudah yang boleh di praktik tanpa memerlukan sebarang kos.. Hasil nukilan idea daripada seorang brader yang aku pun tidak kenal dek kerana hanya terlihat brader tersebut mempraktikkan teknik ini semasa sedang berjalan di sekitar kiosk..


Dapatkan kad topup yang seumpama dengan yang tertera di atas..Boleh di dapati di kedai-kedai dan pengedar-pengedar yang berhampiran. Amaran, nilai kad topup tersebut tidak sama sekali mempengaruhi aplikasi teknik yang akan dinyatakan ini. Jika anda tidak mampu untuk membeli kad topup ini akibat daripada di topup secara terus oleh mak di kampung ataupun memakai talian tetap, anda boleh mempelawa diri anda untuk membantu rakan anda menggores nombor terbabit ketika rakan anda mahu topup credit beliau.



Koyakkan sedikit di bahagian bucu kad topup tersebut. Perlu di ingatkan di sini bucu yang melengkung lebih praktikal berdasarkan bentuknya yang ergodinamik dan cool. Dapatkan hasil koyakan yang terbaik dengan memastikan koyakan tersebut meninggalkan ruang yang cukup untuk jari anda membuat pautan untuk step seterusnya kelak. Latihan cuba dan jaya amat di galakkan yang mana boleh di praktikkan dengan mengoyak hujung2 bucu buku2 teks sekolah adik anda.



Seterusnya gunakan hujung bucu tersebut untuk menggores.. Tidak lagi perlu menggunakan syiling seposen, dua posen ataupun lima posen..Cepat, mudah dan tidak perlu mengeluarkan sebarang kos. Segalanya dalam satu pakej.. Jadi..jika selepas ini rakan2 anda mengganggu hidup anda dengan bertanyakan "Ada syiling?" untuk di buat sebagai penggores, dedahkan rakan anda dengan teknik ini agar dia tidak lagi mengganggu hidup anda..haha

p/s:--Semoga bermanfaat.. huhu. ^______^ Ajarlah sahabat mu memancing ikan untuk hidup, bukan memancingkan ikan tersebut untuknya. Agar kelak dia mampu memancing sendiri di kala kamu tiada bersamanya nanti.

Friday, May 1

KEPASTIAN



Ujian tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk di jauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih Agamanya

Neraka tempat kedukaan
Angkara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa Agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah


Wednesday, April 29

AKHIRNYA....


mohd khiruddin bin ibrahim
&
nurul huda bt ahmad ropiai

hari : sabtu 6 jun 2009


no3 kampung permatang ibus
mukim kangkong 06650
alor setar kedah



selamat pengantin baru utk abang aku..ni la 1st knri kt umah aku.. jemput la mai ramai2 noh.. yg sempat aku layan 2 sempat la..yang x sempat 2 mntk maaf la noh.. hehee..

Sunday, April 19

tesis + exam = penat sgt..

aku rinduuuu!!!

Monday, March 23

KONSERT AMAL MANIS V
KEAMANAN SEJAGAT
MENYEMAI BENIH MENGIKAT KASIH



ARTIS JEMPUTAN :- DEVOTEES, NICE, FAR EAST DAN INTEAM (REUNITED)

ANJURAN : IKATAN STADI ISLAM UKM (ISIUKM)
DENGAN KERJASAMA : AMAN PLESTIN, NASYID FM ENTERTAINMENT DAN PUSAT KEBUDAYAAN UKM




hasil kutipan tiket konsert ni akan disumbangkan kepada dana aman palestin..

nota hati sdey : // sama2 lah kita menderma dan memBOIKOT demi keamanan palestin..


Tuesday, March 17

Balik kampung main futsal..

14 mac 2009

hehehe..sanggup lagi tu balik kg semata-mata nk men futsal ja.. kali ni aku masuk event yg agak besar la..anjuran surat habaq harian metro.. zon utara punya..tapi yang mai masuk suma negeri pn ada..t'ganu, perak, s'ngor dan byk ngri lagi la.. dah x mcm utara lagi dah.. hahaha.. memang meriah.. jumlah pasukan yg masuk bertanding ada la dlm 245 pasukan..campur suma skali la terbuka lelaki, terbuka pompuan dan bawah 17 tahun.. hadiah juara 5,000 ja..

kali ni aku men utk team kedah-perlis..pasai 4 orang kedah 4 orang perlis.. adil la tu..nama team kami "dalegend".. dok dlm kump f..men kt gelanggang f la kn.. gelanggang f ni problem ckt.. kecik nk mampus.. nk men pn x leh.. padang budak2 pnya kot.. sempat la men 1 game..nasib bek seri.. pas2 pakat-pakat protes la.. x puas hati..berjaya gk.. dpt men kt gelanggang besar.. court FIFA.. best la ckt..

rm,..satu group depa bg 3 team..dua pasukan terats layak ke round kalah mati.. jadi, pasai kami dah seri game 1st game 2nd kami perlu mng or seri ja.. x ssh sgt pn..hehehe..tp jadi ssh gk..ni pasai aku la..salah agak..time game kedua tu aku wt silap..pasai x tangkap bola tu..aku ingt dah out.. tgk2 msk dlm gol.. kmi kna lead 1-0.. awl lg lak 2.. nasib bek la time 2nd half kami leh boh gol.. klu x msti dh tersingkir..nasib kami la kn..jd game tu kami seri lg..wlupun seri kami ttp layak..bleh la p pusingan kedua..hehehehe...

pusingan kedua ni pusingan kalah mati..maen pun kne sungguh2 la..huhuhu.. ni yang truk ni..aku dah injured time ni..x larat lg dh nk men..perut sakit kne pijak.. pinggang aku meletup salah urat..huhu..sakit nya la..klu aku x men xdk la goal keeper..terpaksa la maen dlm keadaan sakit..



dan akhirnya...kami kalah..malas nk cita byk2.. hhehehe..

team member

nizar(gk)
lukman
pa'un
anep
khairi
pak lan
awie
sobri

nota sakit pinggang ; maen tu maen gak..kesihatan kena jaga gak..key..!!

Wednesday, March 4

Selamat Menyambut Hari Lahir..!!










Wednesday, February 25

Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:


kita membesar dgn menonton G-Force,
Transformers, Thundercats,Kesatria baja hitam,
Silver Hawk, Woody Woodpecker,smurf,gaban, jem,n Mickey Mouse.
Not 2 forget Ninja Turtles, Mask,cybercorp
dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah
rendah?...hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn
classmates semua kat seblah...

ingat tak, 'misi' kat skolah masuk kelas dgn list
dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik
sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal. yang blom kna lg tu agk menggeletar la kepala lutut tu.. takut kena gerudi..hahaha..

ni sure korang igt...program minum susu di skolah.
nak galakkan budak2 time
tuh minum susu. dapat free jek beb...kementerian bg..kotak nya plak ada gmbar menarik..bleh plak berebut pilih kotak yang cantik..adoooyaii...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris
panjang warna kuning tu. pukul
tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek
kat kantin. nasi pn murah jek..20 sen - 50 sen jew...

time skolah menengah, korang sure beli kasut
skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china
tu...ada yang suka stoking
tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr..
Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,
Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,
'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum,
KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,main getah,zero point,
Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.
boleh beli aiskrim ngan apek
kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan
keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) mesti kluar awal. depa ni dapat mkn free.. klu kwn xdatang bleh la gnti..heee..mkn free la ari 2..duit bleh smpn utk klas petang lak...

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan
Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa... pas 2 baju sukan x tukar2 smpai hbs skolah..pakai ja bju busuk 2..

permainan kegemaran, main guli, batu seremban,
penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police &
Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang
tube aiskrim, ada byk2 color tu.
kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2
die! ingt tak ni..ice cream pop 2 lah..!!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni
pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang,
bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu
'We Are the World, We Are the Children...'
dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg
tau,
yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni,
dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu
filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk
sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'more jutaria' dgn 'Game &
Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...
dan diorg skarang tak reti nak
switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh
survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni,
dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite
dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke
semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite
alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu...

nota kaki pnjang : // best kn dulu2 pnya cite..sapa yg rasa2 dia nk kembali..haaa..p la jmpa ngn profeser rambut putih tu..

Sunday, February 8

adooyaaaaii..!!

hm,..kalah lg..bila la nk mng agk nya noh..dh byk kali cuba ni..apapun kami dah buat yg terbaik.. mgkin nasib blum lg berpihak pada team aku..permainan dh byk berubah..klu dulu kasyik kena buli..la ni kami dah bleh control game..alhamdulillah..

insya Allah..klu xdak halangan mgu dpn nk msk event yg kt banting lak..yuran sama ja..RM150.. klu suma kelapangan kami msk..biar la apa org nk kata.. "ampa ni dok perabih duit ja..main x nah mng pn.." ni la ayat yg sllu depa kata kt kami..tp x kesah la..tu depa pnya pasai..bkn pakai duit depa pn..sekupang pn x mnta..

game kali ni mcm besa la..1st round main group..dpt juara kump.. dua kali mng n seri 1 kali.. 3 jaringn 1 bolos..ok la kn..heee..2nd round kami diundi lwn ngn team BONITO..power gk la.. kalah 1-0..trus kne tendang kuar..huhuhu..ni la game yg aku rasa mmg salah aku.. rasa nyesal pn ada..
bola shooting 2 mmg kuat..aku da tepis..n then bola 2 bergolek slow je..aku bleh tgk ja..apsal la aku x lompat p tangkap bola 2..adoooyaaaii..aku mmg boleh save bola tu..tp..masa 2 awt la aku x pikiaq lgsg nk lompat p tngkap bola 2..slow lg tu bola 2 golek..mmg sempat sgt klu aku p tangkap bola tu.. dipikir2 balik..hm,..nyesal ooo..

tp apa bleh wt..bnda da lps..cuba lg di lain masa..byk kn latihan n frenly.. kita mampu mengubahnyaa...!!

team member
nizar(gk)
kudus
duan
wan akmal
zani
kaka
mad

KENALI DIRI

Karektor bebudak melalui gaya pakai seluarr..!!

masa depan sesorang itu sebenarnya boleh dilihat sejak beliau masih kecil lagi. salah satu caranya ialah dgn melihat sifat atau tabiatnya terhadap sesuatu perkara. salah satu daripadanya ialah kaitan dirinya dgn gaya seluar.

SELUAR PENDEK
bebubak yg suka pake suar pendek ada harapan bakal menjadi tokey besar bila dewasa nnti tak pun cuma gaya ja mcm tokey besar.

SELUAR JEANS
bebudak yg asyik nk pake suar jeans pulak cerah masa depan akan membesar dgn kuat iaitu buat prangai mcm jin.

SELUAR SLACK
bebudak yg memilih utk pakai suar slack saja sepnjang masa pulak akn membesar dgn pnuh gaya dgn menyusahkan mak bapak

SELUAR SUKAN
bebudak yg selesa memakai suar sukan pulak memperlihatkan cita2nya menandingi kontrak sbgai pekerja kontrak yg selesa memakai seluar trek.

SELUAR BERJENAMA
bebudak yg nak pakai suar yg berjenama saja pulak mempamerkan bakat utk menjadikan ibu bapanya papa kedana kerana gaya.

SELUAR KOYAK
bebudak yg suka memakai suar koyak lak tak mustahil suatu ari nnti akn menjadi artis rock ataupn seorang tukang jahit.

sekian..

p/s : jgn percaya sgt..ini hnya ramalan semata-mata..klu nk caya gk tu pnya pasai ampa la..heee



Sama-sama lah kita hayatikannya noh..

sepohon kayu daunnya rimbun,
lebat bunganya serta buahnya,
walaupun hidup sribu tahun,
kalau tak sembahyang apa gunanya.

sepohon kayu daunnya rimbun,
lebat bunganya serta buahnya,
solat subuh jangan tak bangun,
kalau tertinggal alangkah ruginya.

sepohon kayu daunnya rimbun,
lebat bunganya serta buahnya,
solat zohor jangan dihimpun,
banyak ganjaran serta pahalanya.

sepohon kayu daunnya rimbun,
lebat bunganya serta buahnya,
walaupun bekerja dengan tekun,
solat asar jangan pula terlupa.

sepohon kayu daunnya rimbun,
lebat bunganya serta buahnya,
jangan asyik duduk mengelamun,
solat magrib jangan ditunda.

sepohon kayu daunnya rimbun,
lebat bunganya serta buahnya,
jangan lalai ketika menonton,
solat isyak belum dilaksana.

p/s :dlm kita dok bersuka riagelak ketawa semayang jgn dilupa aa..!!

Tuesday, January 20

AN-NASR

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -

[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -

[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Monday, January 19


Ertinya:

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".

H.R Abu Daud

gambar hiasan (masjid kristal,terengganu)

Keterangan

Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

HuJuNG PeRMaTaNG | Template by - Abdul Munir - 2008