Saturday, February 20

Jangan takut melanggar pantang ...Jika pantang menghalang kemajuan;

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Wednesday, February 17

huahua..

dulu bujang, sibuk asik dengar sana sini pasal CINTA. ehehe.. macam2 la org duk cite, sana sini sama aje.
duk pikir2 bila dah jadi suami nih, CINTA tuh lebih dalam maksud dia. lagi betambah2. x macam dulu. tapi, dalam masa bujang2 dulu, rasa cinta nih seragam aje, rasa nak buat itu ini, contohnya

1.pandangan sentiasa tembus
2. hp x lepas dari tangan
3. mak abah duk lupa selalu
4. ingat kat dia mcm dalam napas
5. selalu sebut i lov u

bila dah nikah, maksudnya jadi luas

1. tak perlu pandang, sentiasa ada dalam mata
2. x perlu hp, isyarat hati sentiasa betul
3. bukan setakat mak abah, adik2, kawan2, time nihla kita duk rindu (mana taknya asik bekepit dengan bini)
4. ingat dia betambah2, semua kalo boleh bejemaah aja
5. tak perlu sebut, dia tau kita sayang dia..

haaa.. kawan2, kot nak bercinta, pikirlah untuk jauh ke depan, jangan bercinta suka2, tapi tak terpikir nak naik ke pelamin.. bernikahlah.. korg akan tau, cinta krg pada makhluk lain jika ianya HALAL!

nota kaki bengkak : sapa yg ada cita2 nk kawen tu cepat2 la noh.. jgn lupa pggl aku amk gmbq ampa.. pakej murah ja.. hahahaha...

wassalam..

HuJuNG PeRMaTaNG | Template by - Abdul Munir - 2008