Photobucket

Sunday, May 10

ADA SYILING??


Menggunakan syiling adalah satu option yang biasa dipraktikkan oleh sesiapa yang mahu menggores setelah membeli kad topup.. Ada juga yang menggunakan kuku untuk menggores.. Tetapi jika anda tidak mahu mengotorkan kuku anda..dan anda juga tidak mempunyai syiling akibat telah kehabisan dek membeli choki-choki..Jangan gusar..Masih banyak lagi cara yang boleh di gunakan untuk menggores kad topup anda..Satu cara mudah yang boleh di praktik tanpa memerlukan sebarang kos.. Hasil nukilan idea daripada seorang brader yang aku pun tidak kenal dek kerana hanya terlihat brader tersebut mempraktikkan teknik ini semasa sedang berjalan di sekitar kiosk..


Dapatkan kad topup yang seumpama dengan yang tertera di atas..Boleh di dapati di kedai-kedai dan pengedar-pengedar yang berhampiran. Amaran, nilai kad topup tersebut tidak sama sekali mempengaruhi aplikasi teknik yang akan dinyatakan ini. Jika anda tidak mampu untuk membeli kad topup ini akibat daripada di topup secara terus oleh mak di kampung ataupun memakai talian tetap, anda boleh mempelawa diri anda untuk membantu rakan anda menggores nombor terbabit ketika rakan anda mahu topup credit beliau.



Koyakkan sedikit di bahagian bucu kad topup tersebut. Perlu di ingatkan di sini bucu yang melengkung lebih praktikal berdasarkan bentuknya yang ergodinamik dan cool. Dapatkan hasil koyakan yang terbaik dengan memastikan koyakan tersebut meninggalkan ruang yang cukup untuk jari anda membuat pautan untuk step seterusnya kelak. Latihan cuba dan jaya amat di galakkan yang mana boleh di praktikkan dengan mengoyak hujung2 bucu buku2 teks sekolah adik anda.



Seterusnya gunakan hujung bucu tersebut untuk menggores.. Tidak lagi perlu menggunakan syiling seposen, dua posen ataupun lima posen..Cepat, mudah dan tidak perlu mengeluarkan sebarang kos. Segalanya dalam satu pakej.. Jadi..jika selepas ini rakan2 anda mengganggu hidup anda dengan bertanyakan "Ada syiling?" untuk di buat sebagai penggores, dedahkan rakan anda dengan teknik ini agar dia tidak lagi mengganggu hidup anda..haha

p/s:--Semoga bermanfaat.. huhu. ^______^ Ajarlah sahabat mu memancing ikan untuk hidup, bukan memancingkan ikan tersebut untuknya. Agar kelak dia mampu memancing sendiri di kala kamu tiada bersamanya nanti.

1 Comment:

  1. Mohd Syauqi said...
    ILmu yg bermanfaat adalah utk dihayati, diamalkan dan dikongsi bersama

Post a Comment



HuJuNG PeRMaTaNG | Template by - Abdul Munir - 2008