Wednesday, January 7

MASYAALLAH..!!

Marilah sama-sama kita betulkan..

Kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama cerita P. Ramlee yang banyak menggunakan ' Masyaallah' dalam situasi yang silap. Bayangkan jika anda forward kan kepada sahabat2 lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking, cuma in this case, pahala yang berganda bukan duit..

Didapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz 'MasyaAllah' ketika berhadapan dengan situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal..

Sebenarnya istilah 'MasyaAllah' bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG.

Mengikut buku 'What Do Say' by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah 'MasyaaAllah' bila kita melihat 'something nice' seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yang patut kita lafaz ialah 'Astagfirrullahhalazim' (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun 'Innalillah' (Kepada Allah kita kembali).

Yang baik dari Allah, yang salah dari saya..! Semoga ditahun baru ini kita dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang ada dalam diri..

SELAMAT MENYAMBUT HARI ASYURA..!!

0 Comments:

Post a Comment



HuJuNG PeRMaTaNG | Template by - Abdul Munir - 2008