Photobucket

Saturday, November 15

APAKAH MILIK KITA?

Apakah milik kita?

Sawah kita yang punya, Padi jadi hak orang
Padi di kepuk kita, Berasnya diambil orang
Nasi di pinggan kita, Kenapa di makan orang?

Laut di negeri kita, Bot dimiliki orang
Pukat kita yang punya, Ikan pula disesah orang
Pengkalan kita yang bina, Tapi menjadi laluan orang

Dusun di kebun kita, Tanahnya milik orang
Benih kita yang tanam, Buahnya dikebas orang
Hutan kita yang tebang, Kenapa dangau dimiliki orang?

Telaga dilaman kita , timbanya dimiliki orang
Kita jenuh menggali telaga, Airnya menjadi hak orang

Kenapa yang elok dapat kat orang , Yang teruk dapat kat kita
Kenapa hak orang tak kena kat kita, Hak kita pun tak dapat kat kita

Lantas kalau nak pujuk hati kita , kenalah insaf bahawa segalanya
Bukanlah hak mutlak sesiapa jua , Kerana dunia ini sebenarnya
Adalah persinggahan semantara, Menjalani ujian Allah Yang Maha Esa!

0 Comments:

Post a Comment



HuJuNG PeRMaTaNG | Template by - Abdul Munir - 2008